fbpx

Microsoft bayar bonus semasa pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Microsoft menyaksikan peningkatan pendapatan ketika wabak Covid-19 dengan peningkatan penggunaan platform Teams. -Getty

WASHINGTON – Syarikat gergasi teknologi  Microsoft akan membayar  bonus pandemik berjumlah AS$1,500 (RM6,285) kepada semua pekerjanya di Amerika Syarikat dan antarabangsa, lapor laman berita Metro UK kelmarin.

Memo kepada staf yang dilihat oleh laman web teknologi The Verge itu menyatakan, semua pekerja berjawatan bawah naib presiden korporat dan mula bertugas di firma tersebut sebelum 31 Mac tahun ini layak menerima bonus itu.

Petugas syarikat milik Microsoft seperti LinkedIn, GitHub dan ZeniMax bagaimanapun tidak akan menerima bonus tersebut yang dianggarkan The Verge berjumlah AS$200 juta (RM838 juta).

Ketua pegawai Microsoft, Kathleen Hogan mengumumkan bayaran dalam memo itu adalah sebagai ‘pengiktirafan tahun fiskal yang unik dan mencabar yang baru saja diselesaikan oleh Microsoft.’

Beberapa firma besar mengumumkan faedah berkaitan pandemik sejak beberapa bulan lalu termasuk hadiah wang tunai berjumlah AS$2,085 (RM8,737) kepada petugas barisan hadapan oleh syarikat telekomunikasi BT dan cuti seminggu oleh syarikat aplikasi pacaran Bumble.

Seperti kebanyakan firma teknologi lain, Microsoft menyaksikan peningkatan pendapatan ketika wabak Covid-19 dengan peningkatan penggunaan platform Teams.

Ini adalah masa yang sibuk bagi syarikat itu, yang merancang untuk melancarkan sistem operasi generasi berikutnya iaitu Windows 11 dalam beberapa bulan akan datang.

Microsoft melancarkan perisian baru bulan lalu yang menurutnya ‘lebih sederhana’ daripada sistem Windows 10 dalam acara maya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI