PATTANI, Thailand – Seorang wanita dari Pattani ditahan Khamis lalu selepas polis menemui sembilan guni berisi dadah jenis kristal methamphetamine seberat 277 kilogram di kediamannya, lapor laman berita The Thaiger News kelmarin.
Insiden tersebut berlaku di daerah Sai Buri, Pattani.
Pihak berkuasa termasuk polis, tentera dan sukarelawan menggeledah kediaman wanita tersebut menjelang tengah hari pada Khamis lalu.
Sembilan guni dadah jenis kristal itu kesemuanya mempunyai berat 277 kilogram.
Wanita tersebut, Firadao Khami mengesahkan bahawa kediaman yang digeledah itu adalah miliknya. Dia kini ditahan pihak polis sementara menunggu siasatan selesai. -Agensi