PETALING JAYA – Sejak akhir-akhir ini, ramai golongan selebriti tanah air menyuarakan rasa kekecewaan mereka terhadap situasi yang melanda negara ketika ini.
Perkara sama turut diluahkan aktres Sweet Qismina yang mula risau dengan keadaan kewangan rakyat negara ini.
Baginya, walaupun seseorang itu memiliki sejumlah wang simpana yang banyak, namun semuanya bakal berkurangan sekiranya kebenaran untuk keluar bekerja tidak diberikan.
“Duit banyak tetapi jika berbulan-bulan tidak keluar bekerja dengan situasi kerajaan begini boleh mati kelaparan juga.
“Bayangkan orang yang lagi susah daripada itu. Mereka punya ‘permainan’, kita yang sengsara,” ciap pelakon Bidadari Salju itu dalam Twitter semalam.
Sebelum ini, pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 24, itu juga pernah menghulurkan bantuan kewangan dengan menggunakan duitnya sendiri kepada pengikut Twitternya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Semalam, jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan rekod baharu iaitu 9,186 iaitu kes harian paling tinggi sejak pandemik Cvodi-19 melanda negara. – K! ONLINE