fbpx

Nissan Teana terbakar, pemandu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam api yang memusnahkan 80 kenderaan Nissan Teana dalam kejadian di Gunung Lang, Ipoh tadi.

IPOH – Tindakan pantas seorang pemandu telah mengelakkan dia daripada kecelakaan setelah kenderaan Nissan Teana dipandunya terbakar di Jalan Lang Indah, Gunung Lang di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, kenderaan tersebut musnah 80 peratus.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 tengah hari daripada orang awam

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Semasa bomba tiba, pemilik kereta yang tidak mengalami kecederaan sempat keluar sebelum api merebak membakar kenderaan tersebut.

“Pemadam dilakukan menggunakan dua hos air daripada jentera bomba sebelum api padam sepenuhnya,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi yang diketuai PBK II Mohd. Rosli Ibrahim ini tamat sepenuhnya pada pukul 1.32 petang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI