fbpx

Kedai durian dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah gambar tular memaparkan orang ramai menyerbu sebuah kedai menjual durian di Taman Industri Bolton, Batu Caves, dekat sini semalam.

GOMBAK – Sebuah kedai menjual durian di Taman Industri Bolton, Batu Caves dikompaun RM10,000 semalam kerana gagal memastikan kapasiti pekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, sekitar pukul 4 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menerima maklumat awam yang mendakwa kedai menjual durian tersebut beroperasi dengan tidak mematuhi SOP.

“Bertindak atas maklumat, Pasukan Khas Operasi Pematuhan telah membuat pemeriksaan dan mendapati kedai itu mempunyai surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana terlibat dengan (perkhidmatan produk makanan dan minuman) untuk beroperasi.

“Namun begitu, jumlah pekerja yang bekerja di kedai tersebut didapati melebihi kapasiti yang telah ditetapkan oleh MKN,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, jelas beliau, kompaun dikeluarkan terhadap majikan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Terdahulu, tular gambar memaparkan orang ramai menyerbu sebuah kedai menjual durian di Taman Industri Bolton, Batu Caves sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai yang turut mempersoalkan pelanggaran SOP. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI