fbpx

Sikap meminta undang kecaman orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp memaparkan perbualan seorang wanita dengan individu yang ingin mendapatkan bantuan bekalan makanan.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial sekali lagi menyatakan perasaan marah dan meluat terhadap segelintir individu yang seperti tidak tahu bersyukur dan hanya mahu menunggu bantuan tiba di hadapan rumah.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita telah memuat naik perbualan Whatsapp bersama seorang lagi wanita yang ingin meminta bantuan berbentuk barangan makanan untuknya sekeluarga buat kali ke dua.

Namun wanita itu terkejut apabila mendapati permintaan bantuan yang diterimanya adalah terlalu banyak dan seperti mengambil kesempatan malah pekerjaan yang ditawarkan kepada anak pemohon bantuan itu turut mendapat reaksi yang tidak dijangka.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik itu, pemohon bantuan itu telah meminta beberapa barangan seperti beras 10 kilogram, ayam atau daging dan udang, dua papan telur, minyak masak, lima paket tepung gandum, bawang, roti, ikan bilis sekilo serta cili juga biskut.

Terkejut dengan permintaan itu, wanita berkenaan telah menawarkan pekerjaan kepada suami dan anak sulung si pemohon di kebun rakannya dengan kadar bayaran RM100 sehari malah turut mencadangkan mereka cuba mencari pendapatan perniagaan online.

Si pemohon bagaimanapun seperti tidak berpuas hati dan meminta wanita berkenaan agar tidak menyindirnya.

“Bila bagi betis nak paha. Kadang-kadang betul juga cakap Datuk Seri Vida, rakyat kita selagi boleh minta dia akan berterusan meminta. Kerja malas, susah sikit tidak boleh. Selagi boleh dapat percuma kenapa kena kerja, betul tak?

“Harapnya tak semua rakyat marhaen seperti ini ya, penat kami nak layan seorang-seorang macam ini, kami bantu setakat yang boleh je,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook Izzah Rohaizad.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih daripada 2,000 reaksi dan 1,300 komen daripada pengguna laman Facebook yang menyifatkan pemohon itu sebagai tidak bersyukur dan hanya tahu meminta daripada berusaha. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI