fbpx

Gaji PM Thailand tidak sampai RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Thailand, Prhayut Chan-o-cha - TV Pool

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berjanji akan mendermakan gaji tiga bulan miliknya bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.

Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 yang diadakan secara maya semalam. Ia disusuli keputusan serupa oleh beberapa menteri kabinet.

Prayut menerima gaji bulanan berjumlah 75,590 baht (RM9,740) dan elaun sebanyak 50,000 baht (RM6,443).

Justeru, jumlah keseluruhan yang akan disumbangkan Prayut selama tiga bulan adalah sebanyak 376,770 baht (RM48,549).

Selain beliau, sekurang-kurangnya 15 lagi menteri dan ahli parlimen Thailand berikrar untuk menyumbangkan wang gaji mereka termasuk Menteri Perdagangan, Timbalan Menteri Pertanian, Menteri Pengangkutan serta ahli-ahli parlimen parti-parti politik. 

Speaker Dewan Rakyat, Chuan Leekpai berkata, ia terpulang kepada ahli-ahli parlimen untuk membuat keputusan bagi menyumbangkan gaji mereka

Ini kerana menurutnya, beberapa ahli parlimen telah pun membelanjakan jumlah lebih besar daripada  gaji masing-masing untuk membantu rakyat Thailand ketika tempoh pandemik ini.

“Ada antara mereka yang telah menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan, air minuman dan pelitup muka untuk diedarkan.

“Bantuan yang diberikan oleh mereka ini adalah lebih daripada wang tunai. Bagaimanapun, bagi yang ingin memberikan sumbangan, mereka bebas melakukannya kerana ia adalah sesuatu yang baik,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI