fbpx

Merangkak bawah kawat duri jumpa nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita sanggup merangkak di bawah kawat duri di kawasan PKPD dipercayai mahu berjumpa neneknya, semalam.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu melawat nenek, seorang wanita sanggup merangkak di bawah kawat duri di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dalam kejadian semalam.

Terdahulu video berdurasi 37 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita memakai baju hitam dan berseluar putih memerhati kawasan sekitar beberapa saat sebelum merangkak di bawah kawat duri memasuki kawasan PPR berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima laporan berkenaan kejadian itu sekitar pukul 10.51 malam daripada seorang pegawai kanan polis yang ditugaskan menjaga kawasan PKPD tersebut.

“Saksi awam yang memuat naik video berkenaan di media sosial mengaku telah merakam video terbabit sekitar pukul 6.15 petang.

“Hasil siasatan mendapati wanita yang disyaki menetap di Puchong itu dipercayai masuk ke dalam kawasan PKPD itu untuk menziarahi neneknya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, usaha mengesan individu itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini kerana bimbang akan mewujudkan kegusaran orang awam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI