SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah nyaris maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Permatang Buloh, Kepala Batas di sini hari ini.
Biarpun kereta dipandu wanita berusia 50 tahun itu remuk dan mengalami keroskaan teruk, namun dia bernasib baik apabila hanya luka dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian, kereta jenis Perodua Viva itu datang dari arah Jalan Permatang Tiga menghala ke Kepala Batas.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori sampah dipandu lelaki berusia 34 tahun yang berhenti di sebelah kiri jalan.
“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa telah berpusing sebelum terbabas ke dalam parit.
“Bagaimanapun, dia selamat dan mengalami luka pada kedua-dua belah tangan, kaki, kepala serta sakit dibahagian dada dan seluruh badan,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929