fbpx

Lelaki tular pukul pengawal keselamatan dijel empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang lelaki warga Nepal yang videonya tular kerana memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama dua minggu lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Wong Chai Sia terhadap Ram Gopal Murau, 34, selepas lelaki berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam bahasa Melayu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 3 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja memukul Eslam Husen, 26, menggunakan cota kayu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa di ruang letak kereta sebuah kompleks membeli-belah di Taman Melati di sini pada pukul 12 tengah hari, 7 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah agar hukuman setimpal berbentuk pengajaran dijatuhkan kepada tertuduh agar kesilapan sama tidak diulangi pada masa hadapan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dijatuhkan terhadapnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI