fbpx

Ejen disiasat bawa pekerja positif Covid-19 ke Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat agensi pekerja warga asing disiasat kerana membawa masuk 51 tenaga kerja positif Covid-19 ke Melaka pada 1 Julai lalu.

MELAKA – Kegiatan tidak bertanggungjawab sebuah agensi pekerja warga asing membawa 51 individu positif Covid-19 bekerja di sebuah kilang pemprosesan makanan terbongkar selepas diserbu polis di Ayer Keroh di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, serbuan dilakukan lima hari selepas pihaknya menerima maklumat pada 1 Julai lalu mengenai kehadiran pekerja tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan 79 pekerja warga asing berusia 26 hingga 45 tahun telah dibawa oleh agensi tersebut dengan 51 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Kesemua tenaga kerja itu telah dibawa masuk ke negeri ini dengan menaiki bas oleh sebuah syarikat agensi pekerja warga asing yang berdaftar di Petaling Jaya, Selangor.

“Hasil saringan dilakukan ke atas kesemua mereka mendapati 51 daripada pekerja positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, soal siasat mendapati pekerja itu telah dibawa dari beberapa buah negeri untuk bekerja secara kontrak selama tiga bulan di kilang itu.

Tambahnya, syarikat tersebut mempunyai dokumen lengkap bagi perjalanan rentas negeri.

“Kita dapati syarikat tersebut bagaimanapun gagal melakukan saringan terhadap kesemua pekerja warga asing tersebut seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard.

“Polis telah memanggil wakil pihak pengurus syarikat berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, kesemua pekerja warga asing yang positif Covid-19 telah dikuarantin di sebuah hotel di Banda Hilir di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI