fbpx

Wanita fobia dengan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURI rumah, Michaela Harris cerewet memilih makanan sejak dia berpisah dengan pasangannya, empat tahun lalu. – AGENSI

LONDON – Seorang suri rumah di bandar Middlesbrough, England hanya makan nuget ayam dan kerepek setiap hari disebabkan gangguan pemakanan yang dia alami sejak empat tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Suri rumah berumur 26 tahun itu, Michaela Harris berkata, dia mengalami fobia makanan yang menyebabkannya takut untuk makan hidangan yang biasa dimakan setiap hari.

Kata Harris, dia hanya makan nuget ayam sejak empat tahun lalu serta loya melihat makanan lain.

Sindrom tersebut yang dikenali sebagai Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID), menyebabkan penghidapnya sangat cerewet memilih makanan.

“Sebelum ini, tiada makanan yang saya tidak suka. Saya gemar makan daging salai, telur, sosej, roti bakar dan kekacang dalam sesuatu hidangan.

“Selepas berpisah dengan pasangan saya empat tahun lalu, saya tidak lagi makan seperti biasa dan hanya minum minuman tenaga untuk sarapan. Saya jugam makan dalam kuantiti sangat sedikit,” katanya baru-baru ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, ARFID menyebabkan berat badannya turun 16 kilogram (kg) kepada 31 kg dalam tempoh hanya tiga bulan. Harris bimbang keadaannya itu akan menyebabkannya buta.

“Saya berharap dapat makan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti lebih banyak. Saya teringin untuk menjadi sedikit gempal dan menikmati kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya sangat bimbang anakanak akan mengikut tabiat tidak sihat ini dan ia dapat dilihat pada anak bongsu yang mula cerewet memilih makanan,” ujarnya.
Harris bersyukur kerana pasangan baharunya, John Docherty, 40, memahami dirinya.

“Tanpa John, saya mungkin tidak akan ada di sini. Dia memberi dorongan dan membuatkan saya rasa dihargai. Dia mengatakan saya telah lakukan dengan baik walaupun hanya dapat makan tiga atau empat biji strawberi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI