fbpx

PSG sedia lakar sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARABIA mengakui PSG memiliki peluang terbaik menamatkan penantian mereka untuk muncul juara Eropah. – AFP

LISBON – Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Pablo Sarabia melaungkan amaran kepada Atalanta menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Da Luz awal pagi esok.

Dia menegaskan, skuad kendalian Thomas Tuchel itu sedia untuk melakar sejarah kelab tersebut dengan menjulang trofi berkenaan buat kali pertama.

Gergasi Liga Perancis itu kini memburu gelaran quadruple musim ini menerusi Liga Juara-Juara, namun Sarabia percaya Atalanta tidak boleh dipandang rendah.

“Ini adalah peluang terbaik kami untuk realisasikan hasrat seluruh penyokong yang mahukan gelaran juara Eropah. Kami akan cuba berikan aksi terbaik.

“Bagi saya, ini masa paling sesuai untuk lakukannya. Sudah lama kami mencuba untuk dapatkannya, jadi sekarang semua pemain berada dalam keadaan sedia,” ujar Sarabia.

Pemain Sepanyol itu berkata, dia dan rakan sepasukan akan melakukan analisis terhadap corak permainan Atalanta bagi mencari di mana kelemahan skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu.

“Atalanta adalah sebuah pasukan yang bagus kerana sudah menjaringkan banyak gol musim ini. Kami perlu patahkan sera­ngan mereka dan cuba tampilkan permainan sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI