fbpx

Arsenal ‘menggila’ beli pemain baharu perkuat pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCALTELLI menjadi antara pemain buruan Arsenal ketika ini yang sedang berusaha untuk memperkuatkan pasukan itu untuk saingan musim depan. – AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan sedang bertungkus lumus mengu­atkan pasukan untuk kembali bersaing dalam kelompok teratas menghadapi saingan musim baharu Liga Perdana England (EPL) yang akan bermula 14 Ogos depan.

Terbaharu, Arsenal dikatakan telah mengemukakan tawaran ketika bernilai £54 juta (RM311.45 juta) kepada pemain pertahanan tengah Brighton, Ben White.

Difahamkan, pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak sanggup terlepas peluang untuk menandatangani bek tengah England berusia 23 tahun itu yang dilihat berpotensi menjadi kapten The Gunners pada masa depan.

Ia selepas saham White mencanak naik ketika ini dengan banyak pasukan EPL turut me­nyatakan minat mereka antaranya Everton, Manchester City, Chelsea, Manchester United dan Li­verpool.

Selain White, The Gunners didakwa masih tidak berputus asa dan berharap dapat mengikat khidmat bintang Itali yang beraksi dengan Sassuolo, Manuel Locatelli meskipun berdepan tenta­ngan sengit daripada Juventus.

“Kami telah berjumpa dengan wakil Juventus tetapi segalanya masih samar. Kami juga ada te­rima tawaran menarik daripada satu kelab luar Itali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sassuolo, Giovanni Carnevali

Dalam masa sama, Arsenal turut memburu dua lagi pemain untuk menguatkan bahagian te­ngah seperti bintang Lyon, Houssem Aouar bernilai £25 juta (RM144.19 juta) dan Marcel Sa­bitzer dari RB Leipzig yang berharga £17 juta (RM98.05 juta).

Pasukan berpangkalan di Emirates, utara London itu juga sedang menanti masa untuk mengumumkan dua pembelian baharu mereka iaitu Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares masing-masing daripada Anderlecht serta Benfica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI