PETALING JAYA – Pemuda UMNO hari ini menyampai 10 cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan kunjungan ke pejabat beliau hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan digelar #TuntutanRakyat tersebut merupakan cadangan untuk menambah baik Bantuan Rakyat yang dirumuskan oleh pihaknya.
“Datuk Seri amat komited dan bersetuju untuk jadikan semua #TuntutanRakyat ini sebagai keutamaan beliau setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Bukan itu sahaja, Insya-Allah, dalam isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, beliau juga akan memastikan tindakan tegas diambil agar tiada lagi kompromi untuk membolehkan kilang-kilang penyumbang infeksi virus dibuka sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Antara tuntutan ataupun cadangan disampaikan itu termasuklah menyegerakan Bantuan Khas Covid-19, bank-bank tidak mengenakan faedah terakru bagi moratorium ditawarkan, menambah baik i-Citra serta bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929