fbpx

Dua lelaki mengaku tidak bersalah samun berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI (dua kanan) dan Ahmad Khairuddin (dua kiri) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Dua lelaki masing-masing pembantu pejabat dan kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan pada bulan lalu.

Tertuduh, Ramli Ab. Karim, 56 dan Ahmad Khairuddin Ahmad Subandi, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mereka didakwa melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki dengan merompak telefon bimbit jenis Huawei dan iPhone 8 Plus, kad debit Bank Rakyat dan Maybank, wang tunai RM1,000 di Jalan SS17/2, Subang Jaya dekat sini pada pukul 9.20 malam, 23 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM15,000 terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mereka yang tidak diwakili peguam merayu mengurangkan jumlah tersebut.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 bagi setiap tertuduh dan dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mereka dilarang mengganggu mangsa dan ahli keluarga. Sebutan semula kes pada 29 September ini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI