fbpx

Ayda Jebat seru wanita hamil ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT selesai dos pertama vaksin Covid-19.

PETALING JAYA –  Jika sebelum ini kita sering dilambakkan dengan cerita ibu hamil khuatir untuk mengambil vaksin, berbeza pula dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Kongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, dalam sebuah Instagram semalam, dia bersyukur kerana sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. 

Daripada perkongsiannya, Ayda memaklumkan dia menerima vaksin jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin Sunway Pyramid Convention Centre.

“Saya sudah divaksin! Semua ibu hamil jangan lupa kemas kini aplikasi MySejahtera dan dapatkan vaksin secepat mungkin ya. Kepada yang hamil, boleh ikut langkah yang saya kongsikan dalam InstaStory. 

“Saya tidak kata pasti akan dapat tetapi itu yang saya lakukan. Tiada jalan pintas sama ada artis atau tak, jika sudah rezeki, pasti dapat,” tulisnya.

Hasil tinjauan, Ayda menerusi beberapa hantaran InsytaStory turut berkongsi langkah-langkah pendaftaran bagi mendapatkan vaksin untuk golongan wanita menggunakan aplikasi MySejahtera.

PERKONGSIAN Ayda Jebat tentang pengambilan vaksin bagi ibu hamil.

Berkongsi lanjut pengalamannya, pelantun lagu Parah Parah itu memberitahu proses yang dilaluinya untuk mendapatkan vaksin sama seperti orang lain.

“Tiada jalan singkat, beratur seperti biasa dan tiada kelebihan sekiranya awak artis atau tidak.

“Saya punya tempat tadi tulis tidak boleh mengambil gambar atau video, jadi tak payahlah nak pegang telefon. Ikut saja arahan yang sudha ditetapkan,” katanya lagi.

Lebih lucu, isteri kepada bekas pengacara, Nabil Mahir itu memberitahu dia hadir ke pusat vaksin dengan hanya memakai baju tidur sahaja.

“Saya pakai baju tidur saja ini kerana tiada baju mengandung langsung sebenarnya. Janji pakai yang mudahkan untuk disuntik ya,” ujarnya yang kini hamil enam bulan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI