fbpx

ASP ditahan terima rasuah daripada tauke dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas dipercayai menerima suapan RM200,000 daripada pasangan suami isteri yang merupakan pengedar dadah.

Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas itu ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini pada pukul 10 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, polis menerima maklumat berhubung penahanan pegawainya pada pukul 5 petang semalam.

Pegawai terbabit yang bertugas di IPD tersebut pada tahun lalu dipercayai meminta rasuah tiga bulan lalu bagi melepaskan pasangan berkenaan yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Pegawai itu masih ditahan untuk siasatan lanjut. Kita sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes itu daripada pihak SPRM,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI