fbpx

Ramai ‘koyak’, duduk rumah kes tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Facebook Noor Hisham dan Twitter KKM menjadi antara medium luahan orang ramai selepas kes dicatatkan terus tinggi.

PETALING JAYA- Rata-rata rakyat dilihat mula mempersoalkan pengorbanan mereka berkurung di rumah sejak sebulan lalu bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 seakan-akan sia-sia selepas kes harian dicatatkan berterusan tinggi.

Lebih menyedihkan, rakyat mula meluahkan rasa kecewa setiap kali melihat kes dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) terus meningkat walaupun ada di antara mereka terpaksa mengikat perut kerana tidak dapat bekerja.

Kesemua luahan itu dilontarkan menerusi beberapa platform media sosial antaranya Facebook rasmi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan Twitter KKM.

Seorang pengguna Facebook, Nora Mohamed meminta Noor Hisham melakukan sesuatu bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Kami sudah penat, tolong lakukan sesuatu,” katanya.

Bagi Pro Sasidaran pula, dia menulis perkataan sarkastik dengan mengucapkan tahniah atas kes dicatatkan Malaysia pada hari ini.

“Tahniah, tidak perlu fikir banyak, keadaan masih terkawal,” tulisnya.

David Lim pula mempersoalkan mengapa kes harian dicatatkan begitu tinggi sedangkan kebanyakan rakyat berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya tertanya-tanya, PKPD semua orang berada di rumah, mengapa kes tinggi? Sukar percaya, lebih baik beri semua keluar saja,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial membuat andaian kes Covid-19 esok akan mencatatkan angka 10,000 berdasarkan tarikh 10 Julai.

Andaian itu dibuat berikutan kes yang dicatatkan hari ini lebih 9,000 manakala pada 7 Julai pula lebih 7,000 direkodkan.

Kes Covid-19 dicatatkan hari ini dilaporkan paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 9,180 kes. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI