ALOR SETAR – Seramai 12 lagi kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini disahkan positif Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan di hospital itu sebanyak 42 kes setakat hari ini.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kesemua kakitangan terlibat menjalani kuarantin di rumah.
“Mereka berada dalam kategori tahap satu dan dua serta menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.
Berita berkaitan: 30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19
Mengulas tentang jangkitan varian baharu, Delta dari India dan Beta dari Afrika Selatan dalam kalangan petugas tersebut, beliau memberitahu, setakat ini tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929