fbpx

DBKL tutup 11 premis sekitar ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah daripada 11 premis yang ditutup menerusi operasi Tindakan Khas Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial oleh DBKL.

PETALING JAYA – Sebanyak 11 tindakan penutupan premis dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi Tindakan Khas Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial bermula 2 Julai hingga semalam.

DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan (Jpk) telah melaksanakan Ops Patuh di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam tempoh tersebut.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, melalui Ops Patuh ini, sebanyak 359 buah premis atau syarikat telah diperiksa.

“Pemeriksaan dilakukan melibatkan aktiviti perniagaan restoran, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pematuhan Akta 342, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan kesalahan lain di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

“Sebanyak 16 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis atau syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Tambahnya, DBKL turut membuat 11 tindakan penutupan premis, iaitu satu premis menerusi Akta 342 dan 10 premis melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta mengeluarkan 38 notis kompaun atas pelbagai kesalahan.

Katanya, Ops Patuh ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan sebarang aduan kepada pihak DBKL secara online melalui http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI