PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf kepada orang ramai berhubung kekeliruan ditimbulkan pihaknya berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam.
KKM menerusi status Facebooknya berkata, berlaku sedikit kekeliruan dalam status dimuatnaik mereka berkenaan situasi sebenar di CAC itu.
“Kami memohon maaf atas kekeliruan sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terutama petugas-petugas kesihatan di lapangan,” katanya di sini tadi.
KKM berkata, ketiga-tiga gambar dikongsi pihaknya diambil pada hari yang sama iaitu semalam, 8 Julai 2021.
“Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang, namun situasi mula sesak pada waktu tengahari dengan kehadiran pesakit positif Covid-19 untuk penilaian lanjut.
“Sebahagian besar pesakit Covid-19 pada hari berkenaan daripada kategori 1 dan 2,” jelasnya.
Sehubungan itu, KKM meminta individu yang positif untuk datang pada sebelah pagi bagi mengelakkan kesesakan ekoran proses penilaian mengambil sedikit panjang. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929