fbpx

Yadim sedia hantar sukarelawan bertugas di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Yadim sedang melakukan kerja-kerja sanitasi di Masjid Baung Besar, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia memberikan perkhidmatan mereka sekiranya diperlukan di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk berkhidmat jika ada permintaan untuk membantu melicinkan tugasan sukarelawan lain di PPV.

“Tidak kira apa juga keadaan, kita akan turun ke lokasi PPV untuk membantu jika diperlukan kerana kita mempunyai sukarelawan di seluruh negara.

“Mengambil contoh di Kelantan, seramai 500 orang sukarelawan Yadim telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi di tempat awam secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sanitasi dan Musaadah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Yadim Kelantan di Masjid Baung Besar, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang.

Mengulas lanjut, Ahmad Fathan, setakat ini, belum ada permintaan dan keperluan sukarelawan Yadim untuk melakukan tugasan di PPV.

Dalam perkembangan lain, beliau juga berharap Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dapat mempercepatkan pemberian vaksin kepada sukarelawan Yadim di Kelantan.

Katanya, ini kerana, sukarelawan berkemungkinan menjadi golongan yang mudah dijangkiti Covid-19 kerana mereka sering turun berjumpa masyarakat untuk tugasan sanitasi dan agihan sumbangan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI