fbpx

Insiden banduan positif Covid-19 lari hospital disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan seorang banduan lelaki warga asing yang positif Covid-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan berkenaan kejadian itu sedang giat dijalankan.

“Kita ada terima laporan berkenaan kejadian dan perkara itu sedang dalam siasatan,” ujarnya ringkas, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan banduan berusia lingkungan 40-an menerima rawatan di Hospital Kajang sejak minggu lalu ekoran disahkan positif Covid-19 melalui satu saringan yang dijalankan.

Portal berkenaan mendakwa dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, banduan terbabit membuka gari yang dipasang pada katil wad rawatan sebelum melarikan diri melalui tingkap. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI