fbpx

Tukang kayu rugi RM2,180

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang tukang kayu berusia 50 tahun mengalami kerugian RM2,180 selepas terperdaya dengan pelaburan pantas yang kononnya mampu mendapat pulangan sehingga RM31,000 dalam masa 16 jam dengan modal serendah RM300.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa melihat iklan pelaburan terbabit di Facebook ketika berada di rumahnya di Felda Sungai Panching, di sini.

“Mangsa kemudian menghubungi nombor yang tertera pada iklan terbabit dan telah berurusan dengan sorang lelaki

“Mangsa telah berminat dengan pelaburan tersebut yang dengan bermodalkan RM300 akan menerima pulangan sebanyak RM31,000 dalam tempoh 16 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, terpedaya dengan pelaburan itu, mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun berbeza sebanyak RM2,180 melalui dua transaksi pada 6 dan 7 Julai lalu.

“Selepas itu, mangsa sekali lagi diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM2,550 sebagai bayaran duti setem namun mangsa enggan berbuat demikian dan membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading, di sini, kerana berasa ditipu,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI