fbpx

Mawar Rashid tak sempat rasa kasih ayah, bapa mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR menzahirkan rasa kerinduan terhadap ayah dan bapa mertuanya.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid berkongsi luahan hatinya yang sejak kecil mengimpikan kasih sayang daripada seorang bapa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, berkata dia telah kehilangan bapanya (meninggal dunia) sejak kecil dan dibesarkan oleh ibu kesayangannya.

“Dari dulu selalu berangan nak dapat kasih sayang seorang ayah daripada bapa mertua. Tapi Allah SWT tidak izinkan. Saya kenal abang (suami) ketika arwah bapa mertua sudah tiada.

“Saya sejak kecil tiada ayah. Maklah ayah, mak jugalah ibu. Sebab itu mak saya sangat garang. Teringin juga nak rasa macam mana dapat kasih sayang daripada seorang ayah,” ujarnya.

Kata pelakon itu lagi, dia cuma dapat berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga untuk dipertemukan dengan arwah bapa dan bapa mertuanya suatu hari nanti di sana.

“Sekarang saya hanya mampu berdoa dan berusaha agar dapat masuk syurga. Sebab saya nak jumpa arwah bapa dan mertua di sana,” katanya.

Difahamkan, adik ipar Datuk Fazley Yaakob itu membuat hantaran berkenaan sebagai tanda ingatan sempena tarikh hari jadi arwah bapa mertuanya hari ini.

“Hari ini hari jadi bapa mertua. Selamat Hari jadi ayah. Ayah tak sempat nak tengok Rafael dan Cinta (cucu). Kalau ayah ada mesti manja kedua-duanya manja. Saya tidak tahu kenapa saya sangat rindukan ayah. Al-Fatihah,” tulis Mawar.

Menerusi hantaran sama, pemilik trofi Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 itu turut berkongsei sekeping foto arwah bapa mertuanya mengendong Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob ketika masih kecil.

“Muka bayi (Raf) mirip seperti Cinta (anaknya) versi lelaki semasa kecil,” katanya.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia enam bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI