fbpx

Gagal tangani Covid-19, ahli politik minta Jokowi letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Joko Widodo (tengah) ketika melawat keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 di Surabaya pada 24 April lalu. – AFP

JAKARTA – Pakar ekonomi yang juga bekas Menteri Kewangan Indonesia, Rizal Ramli secara terbuka meminta Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meletakkan jawatan dengan segera, lapor portal berita Suara.com seamalam.

Kenyataan Rizal itu dikongsikan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini. Beliau turut mengatakan bahawa Jokowi perlu memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkeupayaan untuk mengemudi republik itu semasa krisis Covid-19.

Menurut beliau, Jokowi sudah kehabisan idea dan akal untuk memacu pentadbiran Indonesia terutama dengan keadaan pandemik yang tidak berkesudahan.

“Lebih baik Jokowi letak jawatan dengan cara terhormat dan berikan peluang kepada pemimpin lebih muda untuk mentadbir negara.

“Ramai lagi anak muda di negara ini yang mampu mengelola pentadbiran negara dengan baik,” katanya.

Tambahnya, beliau kasihan dengan kebajikan puluhan juta rakyat Indonesia yang terabai selama dua tahun dalam perang melawan Covid-19.

“Jokowi itu biasa-biasa sahaja, nampak hebat hanya di mata penyokongnya sahaja dan bukan pada pandangan rakyat keseluruhannya.

“Jadi, saya mohon agar Jokowi turun sahaja daripada tampuk pemerintahannya,” ujar Rizal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI