fbpx

Sarawak sumbang RM1 juta kepada Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan tersebut hari ini di Putrajaya.

PETALING JAYA – Sarawak menyumbangkan RM1 juta kepada Tabung Palestin bagi menzahirkan solidariti kepada penduduk negara berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan oleh Majlis Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan Jakim Sarawak.

“Sumber dana sumbangan berjumlah RM1 juta adalah daripada Majlis Islam Sarawak (RM15,679.90), Kutipan Sadaq Jumaat Masjid dan Surau seluruh Sarawak (RM41,667.10) dan Tabung Ihsan Palestin Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sebanyak RM942,653.

“Usaha murni umat Islam di Sarawak ini menunjukkan tanda solidariti serta keperihatinan yang tinggi dalam bersama membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka ketika ini,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Majlis penyerahan secara maya tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha; Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yaasin dan ketua-ketua agensi Islam di bawah Majlis Islam Sarawak.

Di Putrajaya, majlis itu dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh; Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, Ruslan Said dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI