fbpx

Korban pangsapuri runtuh di Florida meningkat kepada 64 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH jengkaut berada di lokasi bangunan pangsapuri runtuh di Surfside, Florida semalam. - AFP

MIAMI – Angka kematian bangunan pangsapuri runtuh di negeri Florida meningkat kepada 64 orang, kata beberapa pegawai, manakala 76 orang masih hilang dan dianggap telah  mati.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava memberikan angka korban baharu itu petang semalam dan mengakui sebak semasa melaporkan bilangan kematian yang semakin meningkat, dua minggu selepas tragedi berlaku.

Menara Champlain Towers South setinggi 12 tingkat di bandar Surfside, utara Miami Beach, runtuh pada 24 Jun lalu  ketika puluhan penduduk sedang tidur.

Tidak ada mangsa terselamat ditemui sejak hari kejadian.

“Kami bekerja sepanjang waktu untuk mengeluarkan mangsa,” kata Levine Cava kepada wartawan  semalam.

Kelmarin pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk beralih daripada  misi mencari dan menyelamat mangsa yang berpotensi  masih hidup kepada  operasi mengeluarkan mayat.

Di sebalik keputusan itu, Datuk Bandar Surfside Charles Burkett pula berkata, pasukan penyelamat masih belum putus harapan dan berdoa agar keajaiban berlaku. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI