fbpx

‘Selisih’ ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi JPKK Pengkalan Rama Pantai, Kamarudin Mohd Yasin, 61, (kanan) bersama Setiausaha JPKK, Arshad Mohamed Radzi (tengah) melawat rumah Khatija (kiri) yang dihempap pokok di Kampung Pengkalan Rama Pantai. - Foto RASUL AZLI SAMAD

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – “Mujurlah anak memanggil saya ke depan rumah, jika tidak, mungkin saya cedera atau maut dihempap dahan pokok besar itu,” kata Katija Daud, 57.

Dalam kejadian hujan lebat dan ribut kira-kira 10 pagi tadi, wanita berkenaan sedang berada di dapur menyediakan sarapan pagi buat suami, ibu saudara dan anak lelakinya.

“Waktu itu memang hujan lebat yang disertai ribut sebelum anak memanggil saya ke halaman rumah untuk melihat pokok orkid yang tercampak di pukul ribut.

“Beberapa saat selepas saya ke halaman rumah, tiba-tiba kami terdengar dentuman yang sangat kuat dari arah dapur,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini hari ini.

Menurut Katija, dia terkejut apabila mendapati serpihan bumbung, ranting dan dahan pokok bertaburan di atas lantai dapur yang ketika itu sudah seperti dilanggar garuda.

“Habis berselerakan kuali, periuk dan dapur gas, namun saya bersyukur kerana tidak berada di situ ketika kejadian.

“Mujurlah juga rangka kayu rumah tidak patah dan hanya bumbung yang pecah jika tidak mungkin ia sudah meragut nyawa saya,” katanya.

Kejadian itu turut mendapat perhatian agensi kerajaaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang segera menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, Abu Obaidat Mohamad berkata, secara keseluruhannya JBPM Melaka menerima 36 panggilan telefon laporan berkaitan ribut di seluruh negeri setakat pagi tadi.

“Lapan daripadanya membabitkan mangsa dan kebanyakan kes adalah membabitkan pokok tumbang menimpa rumah dan kereta di kawasan Malim, Cheng dan Bandar Melaka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI