SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan meminta pengguna supaya tidak membuat pembelian panik.
Menurut Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman, pengguna dinasihatkan membuat pembelian secara biasa dan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
“Sekiranya para pengguna membuat pembelian secara panik dengan kuantiti yang banyak, ia akan menyebabkan gangguan rantaian bekalan setempat secara tiba-tiba.
“KPDNHEP memberi jaminan bekalan barang keperluan pengguna setakat ini mencukupi dan mudah diperolehi sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929