fbpx

Pengedar dicekup simpan dadah, ketum dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas PGA dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas hari ini.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah termasuk air ketum yang dianggarkan bernilai RM9,488 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dangar di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 3.30 pagi itu, PGA berjaya merampas 907 pil kuda, syabu seberat 2.78 gram dan 14 liter air ketum.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA menjalankan serbuan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bilik telah menjumpai satu kotak berwarna hitam di atas rak pakaian yang mengandungi 897 biji pil kuda di dalam lima bungkusan plastik berwarna biru.

“Anggota PGA kemudian menemui satu beg kecil di atas meja di dapur yang mengandungi dua paket plastik lutsinar yang berisi dadah dipercayai jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI