fbpx

Kedah benar solat di masjid, surau bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedah membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau bermula esok. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Umat Islam di Kedah dibenarkan untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat secara berjemaah di masjid dan surau dengan kehadiran tidak lebih 100 orang jemaah pada satu masa bermula esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd. Yusri Md. Daud berkata, jemaah perlulah dalam kalangan mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Selain itu, kebenaran bagi jumlah jemaah tersebut juga hanya diberikan di mukim yang berada dalam kategori zon hijau, kuning dan jingga.

“Penentuan zon adalah mengikut mukim berdasarkan peta harian kes yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, bagi mukim dalam kategori zon merah, jumlah kehadiran adalah tidak melebihi 50 orang jemaah yang telah menerima suntikan vaksin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI