fbpx

Pahang bakal hilang khidmat Khalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALIL (kiri) yang kini berada di Lebanon mungkin tidak dapat menyertai Pahang ekoran larangan pemerintah yang menghalang rakyatnya meninggalkan negara itu.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh terpaksa akur bakal kehilangan khidmat Khalil Khamis selepas pertahanan import dari Lebanon itu masih belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk kembali ke Malaysia.

Dollah, 57, mengakui peluangnya untuk menggunakan khidmat Khalil, 25, dalam baki tujuh perlawanan Liga Super selepas ini amat tipis memandangkan Lebanon menyekat rakyatnya keluar dari negara berkenaan.

“Saya perlu terima hakikat bahawa Khalil tidak akan bersama pasukan dan kami tunggu sahaja apa status pemain itu selepas ini. Saya pun sudah lama tidak mendengar berita mengenai Khalil.

“Apa yang saya tahu dia memang tidak pulang lagi ke Malaysia. Jadi, pening sedikit nak persiapkan pasukan apabila Khalil tiada dan Muslim Ahmad pula masih lagi mengalami kecederaan.

“Saya tiada pilihan selain menggunakan pemain-pemain sedia ada mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” katanya.

Tragedi letupan di Beirut minggu lalu pastinya menyukarkan peluang Khalil untuk kembali ke pangkuan Tok Gajah meneruskan aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 26 Ogos ini.

Sebagai rekod, Pahang ketika ini menduduki tangga ketiga dengan enam mata selepas empat perlawanan sebelum saingan Liga M terpaksa ditangguhkan ekoran penularan wabak pandemik Covid-19 pada Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI