fbpx

Pejuang usulkan Majlis Pemulihan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi memastikan negara kembali stabil dan memulihkan kembali keadaan yang dihadapi rakyat ketika ini, Pejuang bakal mengemukakan usul mengenai penubuhan Majlis Pemulihan Negara dalam sesi parlimen akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, majlis tersebut perlu ditubuhkan bagi menggantikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dilihat gagal dilaksanakan.

“Kami yakin penubuhan Majlis Pemulihan Negara ini sebagai badan bebas adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu kesihatan dan ekonomi negara. Setiap hari jumlah kes semakin bertambah walaupun PPN diperkenalkan.

“Kami tahu dan yakin majlis ini boleh mengurangkan kes Covid-19 ini. Ia juga dapat meredakan keadaan sekali gus membantu rakyat yang berdepan krisis ketika ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya sebentar tadi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI