PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 hari ini kembali merekodkan tiga digit dengan 135 kes iaitu tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 5,903 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, dalam masa sama, sebanyak 8,8678 kes harian termasuk 10 kes import dilaporkan dengan angka keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 808,658 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan juga terus meningkat kepada 77,275 kes termasuk 952 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 445 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Terdapat 5,802 kes sembuh dan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 725,480 kes,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929