PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.
“Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO semalam, ia merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada yang telah dilantikan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Justeru, Idrus berkata, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan menteri sedia masih kekal untuk terus menjalankan tugas masing-masing. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929