fbpx

Lelaki curi duit tabung masjid dijel, didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbuatan seorang penganggur yang mencuri duit tabung masjid berjumlah RM84 tiga tahun lalu, mengundang padah apabila dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Taaib Mohamad Ariffin, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama sebulan. Tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Taaib didapati mencuri duit tabung masjid berjumlah RM84 milik Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama di sini pukul 1.56 pagi pada 9 November 2018.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh insaf selain merupakan kesalahan pertama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan serius.

“Meskipun nilai wang yang dicuri jumlah yang sedikit, tetapi perbuatan mencuri di masjid tidak wajar dilakukan,” kata Zamriah.

Mengikut fakta kes pada hari kejadian seorang bilal di masjid itu telah ternampak seorang lelaki iaitu tertuduh telah mencuri tabung masjid dan melarikan diri.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap di sebuah stesen minyak berdekatan selepas dikejar imam dan bilal masjid tersebut. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI