fbpx

Tiga nelayan terjun laut elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pukat rawa sorong yang dirampas APMM di perairan Yan, awal pagi ini.

YAN – Tiga nelayan bot pukat rawa sorong nekad terjun ke laut apabila menyedari kehadiran penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika dari persisiran pantai di Ruat di sini, awal pagi ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, rondaan Op Aman kira-kira pukul 2 pagi itu mengesan kegiatan tiga individu itu menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Katanya, mereka bertindak terjun ke dalam laut dan berenang ke persisiran pantai kerana takut ditahan penguat kuasa APMM.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati terdapat dua batang buluh dan pukat yang disyaki digunakan sebagai rawa sorong.

“Bot bersama peralatan serta enjin yang telah diubah suai dianggarkan bernilai RM24,000 turut dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI