fbpx

Pembantu tadbir terima rasuah RM20,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seorang pembantu tadbir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini ekoran disyaki menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM20,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 40-an yang memegang jawatan gred N22 itu dipercayai meminta rasuah daripada sebuah syarikat yang menguruskan kerja-kerja bot di pelabuhan Kota Kinabalu dua tahun lalu.

Lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Sabah sekitar pukul 9 pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

Beliau memaklumkan kesalahan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pembantu tadbir berkenaan difahamkan akan dituduh di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok.

Dalam kes berasingan, seorang pemandu lori tempatan turut ditahan SPRM Sabah berikutan disyaki memberi rasuah kira-kira RM1,000 kepada polis.

Menurut sumber, wang berkenaan diberikan sebagai balasan kerana melepaskan adik angkat suspek yang ditahan atas kesalahan judi sabung ayam.

Suspek berusia 40-an terbabit ditahan oleh pegawai SPRM cawangan Tawau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira pukul 1 pagi tadi.

S Karunanithy berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 namun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan bakal dituduh dalam tempoh terdekat di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, Sabah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI