fbpx

Suami pijak, sepak belakang isteri dijel 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Padah memijak kepala dan menyepak belakang badan isterinya, seorang suami dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Riduan Ismail, 34, selepas penjual telur itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Riduan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera dengan memijak kepala dan menyepak belakang badan isterinya, Siti Rohmah Achmad Sarkati, 30, di sebuah rumah di Kampung Kerdas Batu, Gombak, Batu Caves di sini pukul 2 petang pada 5 Julai lepas.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Selain itu tertuduh juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu ketika rayuan, Mohd. Riduan yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jean Francis memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan yang singkat.

“Tertuduh menanggung dua anak berusia tiga dan sembilan tahun selain hanya memperoleh RM1,500 sebulan hasil menjual telur di pasar ,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira fakta dalam kejadian itu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa berada di rumah telah berlaku perselisihan faham antara mangsa dan tertuduh selepas mangsa bertanya kepada suaminya itu mengenai hubungan lelaki itu dengan seorang wanita yang tidak dikenakli.

Berang dengan pertanyataan itu, tertuduh kemudiannya telah menyepak badan, mencekik leher, menumbuk dan memijak kepala mangsa sehingga mengalami lebam di bahagian kepala dan badan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI