fbpx

JDT, F&N jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT jalin kerjasama strategik bersama F&N selama tiga tahun sebagai rakan rasmi pembekal isotonik.

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan lagi jenama mereka dengan mengumumkan jalinan kerjasama baharu dengan syarikat minuman popular Fraser & Neave (F&N).

Jalinan kerjasama terbaharu itu diumumkan skuad Harimau Selatan melalui laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, hari ini.

Jalinan kerjasama selama tiga tahun itu akan menyaksikan jenama 100PLUS, minuman isotonik nombor 1 Malaysia menjadi rakan rasmi pembekal isotonik kepada pasukan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, F&N juga mempunyai hak penjualan dan pengedaran di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik.

“Ini merupakan perjanjian pertama seumpamanya dalam sukan bolasepak Malaysia.

“Minuman F&N boleh didapati di kesemua perlawanan dan aktiviti yang berlangsung di ‘Home of the Southern Tigers’,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, JDT telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa termasuklah pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI