fbpx

Dasar bekerja dari rumah ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan di Dewan Gandhi, di sini hari ini.

TAPAH – Kementerian Sumber Manusia bakal memperkenalkan dasar bekerja dari rumah bagi menambah baik sistem kerja sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, dasar baharu yang dirangka berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) itu diperlukan susulan banyak aduan diterima pihaknya termasuk isu majikan yang tidak benarkan bekerja dari rumah.

Katanya, berdasarkan data menerusi aplikasi Working for Workers (WFW), aduan berkaitan majikan tidak benarkan bekerja dari rumah merekodkan jumlah aduan tertinggi sebanyak 2,198 kes.

“Saya sering menerima aduan daripada pekerja bahawa ada majikan mengambil kesempatan dengan memaksa mereka hadir ke tempat kerja dan menggunakan pelbagai ugutan.

“Walaupun kerajaan telah umumkan SOP termasuk membabitkan sektor perlu dan peratusan pekerja yang dibenarkan hadir bekerja, masih ada majikan yang dikesan mengambil kesempatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan di Dewan Gandhi di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Saravanan, sejak aplikasi WFW dilancarkan awal Mei lalu, pihaknya menerima sebanyak 5,177 aduan berkaitan isu buruh dan daripada jumlah itu sebanyak 3,731 aduan telah pun diambil tindakan.

“Sehingga semalam, aduan majikan tidak benarkan bekerja dari rumah merekodkan kes tertinggi diikuti gaji yang tidak dibayar atau pembayaran lewat dan potongan upah tidak mengikut undang-undang,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI