fbpx

Kedai runcit kecil terima manfaat dalam Op Bantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmir (dua kanan) ketika mengadakan lawatan sempena Op Bantu, hari ini.

PASIR PUTEH – Selain membantu golongan asnaf, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh turut membantu peniaga kedai runcit kecil di kawasan kampung dalam Op Bantu di daerah ini bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, bantuan itu dilakukan apabila pihaknya membeli barangan keperluan harian di kedai runcit di kampung-kampung sebelum mengagihkan kepada penduduk.

Katanya, usaha itu sekali gus dapat membantu perniagaan mereka yang ketika ini terkesan akibat kekurangan pelanggan.

“Kita membeli membeli barangan dan bekalan di kedai runcit di kawasan kampung untuk disumbangkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti.

“Dalam tempoh dua hari, kita telah mengagihkan bekalan makanan kepada 20 asnaf seperti ibu tunggal, pesakit kronik dan keluarga miskin tegar. Semua bekalan itu dibeli di kedai runcit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menjalankan Op Bantu di Kampung Gong Kulim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmir berkata, Skuad Aman Wanita (Amanita) yang dekat dengan masyarakat turut turun padang melicinkan tugasan amal yang dilaksanakan secara berterusan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI