PUTRAJAYA – Umat Islam di seluruh negara diwajibkan untuk terus mengimarahkan masjid dan surau walaupun bilangan jemaah yang ditetapkan pihak berkuasa adalah tidak ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perkata itu bukan isu baharu namun masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Memang imarah masjid itu hukum wajib, bukan sunat dan kita sebagai orang Islam, Allah sendiri pun suruh imarah, sepatutnya mesti ada jemaah sebab ini babitkan syiar Islam,” katanya kepada pemberita sebagai merujuk kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengenai had baharu jemaah yang akan bermula esok.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail turut memaklumkan lima kategori antaranya Masjid Wilayah Persekutuan, lapan masjid pusat zon serta masjid kariah dan surau solat Jumaat. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929