fbpx

Kes harian cecah 9,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian hari ini melonjak kepada 8,868 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 808,658 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka melebihi 4,000 dengan 4,152 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,133 kes dan Negeri Sembilan 897 kes.

“Perak pula (543 kes), Kedah (360 kes), Johor (336 kes), Sarawak (281 kes), Sabah (279 kes), Pulau Pinang (237 kes), Melaka (183 kes), Pahang (152 kes) dan Kelantan (135 kes).

“Seterusnya, Terengganu (68 kes), Labuan (64 kes), Putrajaya (47 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI