fbpx

Siapa punya gigi palsu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan gigi palsu milik salah seorang penumpang tercicir di tempat duduk penumpang beserta bekas.

PETALING JAYA – Rapid KL meminta penumpangnya yang kehilangan gigi palsu ketika menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya supaya menghubungi mereka segera.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook Rapid KL memaparkan gigi palsu milik salah seorang penumpang tercicir di tempat duduk penumpang beserta bekas.

Menurut Rapid KL, pihaknya meminta supaya penumpang yang tercicir gigi palsu tersebut menghubungi mereka untuk menuntut semula gigi palsu yang tertinggal di dalam tren itu.

“Kepada penumpang yang tertinggal gigi palsu di dalam tren 151 laluan Kelana Jaya, sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan semula barangan anda. Terima kasih,” umum Rapid KL.

Rata-rata pengguna laman Facebook amat terhibur dengan kejadian tersebut dan turut kasihan terhadap penumpang yang tercicir gigi palsu itu di dalam tren.

“Saya mahu gelak, tapi saya cuba tahan. Ya lah, ketika Covid-19 ini semua orang perlukan duit. Mahu buat gigi palsu baru pun makan modal yang banyak juga. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan gigi palsu itu,” komen Khairunnisa Ismail.

“Alamak, susah hidup kalau tiada gigi palsu ni. Hilang telefon atau dompet okey lagi. Ini kalau hilang gigi, susah! Makan tak boleh, nak bercakap pun susah. Gigi itu kehidupan! Semoga gigi itu berjumpa semula dengan tuannya,” seloroh pengguna bernama Ameyr Rush.

“Bagaiman kalau pemiliknya adalah warga emas yang tiada Facebook? Pasti mereka tidak tahu jika tercicir di dalam tren. Situasinya kelakar pun ada, tetapi kesian juga empunya gigi ini,” ujar Nurul Izati Sahib. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI