fbpx

Ramai bengang wanita bawa ibu positif Covid-19 ke PPV Mines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV MIECC, Seri Kembangan kelihatan lengang ekoran kes positif melibatkan seorang wanita.

PETALING JAYA – Proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan terpaksa dihentikan gara-gara seorang wanita didakwa membawa ibunya yang disyaki positif Covid-19.

Kejadian itu menimbulkan kekecohan sehingga mengakibatkannya tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 35 saat yang dimuat naik oleh @ara_fafa memaparkan keadaan semasa di MIECC yang lengang dan proses pemberian vaksin terpaksa dihentikan.

Menurutnya lagi, pihak pengurusan MIECC segera mengasingkan wanita itu dan sanitasi secara menyeluruh juga telah pun dibuat oleh pihak bomba.

Rata-rata pengguna di laman Twitter meluahkan rasa amarah mereka terhadap wanita dan ibunya yang seolah-olah tidak bertanggungjawab atas perkara tersebut yang boleh menyebabkan nyawa orang lain turut terkesan akibat kecuaian mereka.

“Orang begini elok disaman sebanyak RM50,000 dan penjara selama setahun. Barulah yang lain guna otak dan akal untuk berfikir,” ciap @aaizatnizam.

“Mohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) siasat video ini. Sekiranya didapati ada pesakit yang positif yang menjadi punca wabak Covid-19 merebak, sila ambil tindakan segera. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku,” jelas pengguna @adriendarien.

Sementara itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, individu itu mempunyai janji temu dan hadir di MIECC.

Kenyataan itu menyebut, individu itu hanya mengetahui bahawa beliau positif Covid-19 selepas tiba di PPV berkenaan apabila dihubungi pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 terhadapnya beliau.

“Pihak pengurusan MIECC sudah mengambil tindakan serta-merta untuk mengasingkan wanita itu,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI