fbpx

Dua lelaki curi kabel telekomunikasi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batholomew (dua dari kanan) menunjukkan gambar dua suspek yang diburu. /FOTO IHSAN IPD PAPAR

PAPAR – Polis daerah ini memburu dua lelaki dipercayai terlibat beberapa siri jenayah curi kabel selepas merempuh kenderaan polis, malam kelmarin.

Kedua-dua lelaki terbabit melakukan tindakan berani berkenaan ketika pasukan cuba menahan suspek sebaik identiti mereka berjaya dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua suspek berusia 21 dan 36 tahun itu dikesan aktif melakukan kegiatan haram berkenaan sejak tahun lalu.

“Mereka dipercayai melakukan sekurang-kurangnya 10 kes curi kabel telekomunikasi merangkumi nilai kira-kira RM100,000.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan jenayah ini bersama seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang sebelum ini sudah ditahan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI