fbpx

Modi rombak Kabinet, tukar 12 menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVIS parti pembangkang melaungkan slogan anti kerajaan dalam satu bantahan di Kolkata kelmarin. - AFP

NEW DELHI – Seramai 12 menteri India mengundurkan diri semalam termasuk menteri kesihatan, alam sekitar dan pendidikan, kata pejabat presiden.

Peletakan jawatan beramai-ramai  tersebut merupakan sebahagian daripada  rombakan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi berikutan lonjakan kes Covid-19 dan dilakukan menjelang berlangsungnya pilihan raya negeri di India.

Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, dikritik hebat susulan peningkatan kes koronavirus pada April dan Mei lepas.

Perkhidmatan kesihatan tertekan dalam banyak aspek dengan hospital mengalami kekurangan katil,  oksigen perubatan dan ubat.

Menteri Undang-Undang dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad pula terjebak dalam perbalahan dengan syarikat media sosial asing sejak beberapa bulan lalu.

Kementeriannya membuat peraturan yang mewajibkan firma tersebut untuk memadamkan dan mengenal pasti ‘sumber asal’ muat naik yang dianggap merosakkan kedaulatan India, keamanan negara atau ketenteraman awam.

Ravi bagaimanapun dijangka akan diberikan  peranan  penting dalam parti  pemerintah, Parti Bharatiya Janata menjelang pilihan raya negeri, demikian menurut laporan akhbar.

Menteri lain yang mengundurkan diri termasuk Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan Perubahan Iklim, Prakash Javadekar.

Ramesh Pokhriyal Nishank yang merupakan  Menteri Pendidikan turut meletak jawatan, demikian menurut kenyataan akhbar  pejabat Presiden. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI